wish...

Hello,korang . Raya dah nak dekat . jeng jeng.. balik kampung woo,,balek kampung
okey, semua orang berkobar-kobar nak raya . yela, siapa yang tak suka bila
time raya lepas penat puasa selama sebulan . sebelum terlupa, saya nak ucapkan 
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

maafkan saya kalau saya ada buat salah dan silap kepada anda-anda semua.
nanti raya, jemputlah datang ke rumah.
pada siapa yang tak tahu rumah saya kat mane, nanti saya bagi plan.(gurau jer)

kepada orang yang penting yang patut saya mintak maaf
ayah and mak, ammar, kawan-kawan rapat saya
saya minta maaf kalau saya pernah menyakitkan hati anda .
nanti time raya saya minta maaf lagi (sambil lap air mata)
and jangan lupa bagi duit raya . itu penting ,,hehe

tahun ni tahun terakhir saya sambut raya sebagai pelajar sekolah .
sedih rasanya, rasa macam nak lama lagi jadi budak sekolah .
tapi bila ingat homework yang bertimbun, kena bangun awal buta terus tak jadi .
rindu kenangan dengan kawan-kawan . memang betul, orang kata
sekolah lah tempat yang paling seronok padahal semua pelajar tak akan pernah setuju bila dengar 
 pendapat yang berbunyi macam ni .

seronok dengan belon belon yang bercambah .
bila dah tua, nak main belon lagi?? puihhh


budak-budak cekal <3

 time ni panas, semua mata jadi sepet .
kanak kanak ribena yang riang
walaupun kiteorang berbeza, matlamat kiteorang tetap sama.
our frienship will never end .
and i hope you feel what i feel now