CUTI SEMESTER MARI

                       Assalamualaikum pada yang dok tengah baca apa yang aku membebel sekarang ni,
berkurun aku tak sentuh blog ni .. kesian kau ye, blog... rindu nak update blog tapi tak cukup masa, busy gila bak ang lagi-lagi baru habis perang PSPM. hadap buku jer 24 jam, dah tak larat nak telan ilmu stop sekejap la, gosip gosip sekejap dengan ahli bilik .. hilang tensionnn then sambung balik baca buku. ohh, jadi tensionnn semula.

 ni before pspm ea, jangan ingat time exam aku dok merayau
 aku ajak fifi jogging, sebab nak kurusss 
tapi jogging ntah ke mana, tangkap gambar yang menjai-jadi


sebelum pspm nak mula, budak matrik kena jawab MUET iaitu nama penuh Malaysian University English Test pada siapa yang tak tahu apa itu muet . mana tahukan ada budak sekolah rendah ke yang tengah baca sekarang ni. nanti berkerut kerut dahi. nervous, gelabah semua rasa ada dan becampur baur. Lagi lagi speaking kan, siapa tak cuak nak speaking depan cikgu yang tahap english dioarang bapak terror oww... alhamdulillah, untuk speaking soalan yang dia nak kita buat tak susah sangat and tak la senang sangat. so, boleh la bagi idea plus nervous jadi gagap sikit bila nak cakap. on the same time, risau grammar berterabur. memandangkan speaking hanya 15 peratus dikira untuk MUET matrik ni, reading , listening and writing kena fokuskan lebih dekat rumah time cuti semester ni. sebab naik-naik je cuti dah kena duduk MUET. kejam betul!
after jawab peper math, satu bilik.. satu bilik kott? yee, satu bilik frust dengan math dengan aku aku sekali geram dengan math. tak puas hati kenapa soalan keluar macam tu, penat lima bulan sayang math walaupun kena paksa cikgu. takpelah, semoga ada hikmah. aku frust sangat dengan math ni sebenarnya walaupun result tak keluar lagi sebab aku rasa aku banyak buat salah bukan rasa lagi tapi memang pasti aku banyak buat salah. aku dah usaha, tinggal redha jela apa yang berlaku nanti.

seminggu berlalu, lepas semua paper dah habis jawab.. macam biasa kalau paper last mesti terabai sikit, rasa enjoy nak habis exam, nak balik rumah tambah lagi dah plan macam macam nak buat time cuti tu nanti. sebab mak aku nak ambil aku time hari habis exam tu jugak, so aku terpaksa kemas bilik time hari exam. tapi tak kan la orang tengah study , aku nak mengemas kan? aku kill diri sendiri lah kalau aku buat macam tu.. so, aku kemas awal-awal time cuti. bilik pun tak rupa bilik dah.
dah suci tempat aku,
nak bagi kawan kawan dekat matrik lain masuk bilik ni.
jaga elok elok bilik kami
last day dan aku balik dulu
diorang tak bagi aku balik awal, tapi tak nak cakap awal-awal dekat aku
tiba-tiba rasa tak nak balik lah pulak

jumpa 22 haribulan nanti, okayy






p/s: time hari exam haritu, aku dapat tahu yang pakcik dapat uitm dekat dungun . tahniah!! aku happy         tapi sedih jugak la sebab kenapa dia dapat dekat terengganu sana tu. then, my bestie, mir akan               datang matrik aku sayangnya aku tak dapat jumpa dia kat sini .