TENTANG MATRIKULASI PAHANG

Readers semua ni terjah blog saya semua nak tahu pasal matrik kan?? biasalah, adik adik  yang keliru nak buat keputusan nak masuk matrik ke tak mesti akan tanya Pakcik google pasal matrik macam akak dulu lah. Akak dulu lepas akak dapat tahu yang akak dapat matrik, tiap malam akak ambik handfon google pasal matrik pahang ni macam yang adik adik buat la sekarang ni. 
Dulu akak tulis entry sebagai bakal pelajar matrikulasi, then sebagai pelajar matrik sekarang sebagai bekas pelajar yang baru je tinggal kan matrik. Baru belasan hari. Haa fresh lagi. So, akak nak ambil kesempatan nak story sikit la memandangkan akak tengok overview semua yang singgah nak tahu pasal matrik. Tak apa akak boleh tolong serba sedikit untuk adik semua 
yang tengah dalam delima ni. 

Akak merupakan pelajar PST modul satu. Apakah itu? seperti adik yang sedia maklum, untuk pelajar aliran sains terbahagi tiga modul: 
Modul satu akan ambil subjek fizik, biologi, chemistry and math 
Modul dua akan ambil subjek fizik, chemistry, science computer and math 
Modul tiga pulak ambil subjek biology, chemistry, science computer and math. 
Kalau kita boleh nampak dekat sini, subjek yang berat adalah untuk pelajar satu. Ini berdasarkan keputusan Spm adik adik. Kalau spm adik cemerlang, kemungkinan modul satu lah yang adik dapat. Kalau adik tak suka, adik boleh tukar modul tetapi ada proses dia lah. Ini nanti akan diterangkan bila adik masuk matrik nanti. Matrik ada dua program tau dik, untuk setahun (PST)  dua sem dan program untuk dua tahun (PDT) iaitu empat sem.
Ini semua dinilai ikut kemampuan kita sewaktu SPM. 

Dari segi pembelajaran, akak nak terus terang pembelajaran la dekat sana memang gear lima punya. Memang laju. Cikgu semua nak pulun nak habiskan. Adik memang akan terkejut la kenapa laju gila cikgu mengajar nanti. Nak nak yang pelajar satu tahun. 20 lebih bab nak dihabiskan dalam tempoh sepuluh bulan lepas tolak cuti yang matrik bagi. Memang agak sakit dan terseksa la. Yang budak PDT slow sikit lah pembelajaran dia, gear tiga maybe. Setiap satu minggu, satu bab akan  dihabiskan untuk keempat empat subjek. Bergantung pada credit hours bab dalam setiap subjek.  Ada bab yang 1Jam boleh dihabiskan ada yang 8 jam. Bergantung. Dekat sana adik akan belajar  english, agama, kokurikulum untuk satu sem dan kemahiran dinamika untuk satu lagi sem. Dinamika tu something yang new la yang adik akan belajar. Kita akan belajar berucap depan orang ramai, etiket makan, etika pemakaian. Seronok sebenarnya kalau adik adik enjoy nak belajar.  

Dekat matrik ada tiga sesi. Sesi lecture,tutorial dan lab. Dalam lecture selalu sangat budak budak akan mengantuk, yang tertidur pun ada , ada yang bosan hilang fokus. Kelas untuk budak sains biasanya dari pukul lapan hingga lima tapi ada lah jugak gap satu dua kali. Tengok jadual yang korang dapat macamana. Memang letih dik. Sebab tu sebelum masuk matrik pastikan kekuatan mental cukup. Kalau tak jadi macam ramai kawan kawan akak yang dekat matrik tak tahan, decide nak keluar. Ada yang lagi sebulan nak habis matrik pun keluar dari sana. Tapi akak bangga, akak bangga sebab akak dulu seminngu waktu start sesi pembelajaran akak dah mengada ngada menangis cakap tak suka duduk situ. Lagi teruk bila dah makin banyak belajar, pressure makin kuat. Akak kerap cakap nak keluar dari matrik dekat parents akak, parents akak selalu bagi semangat suruh sabar and they always said "kalau orang lain boleh awak mesti boleh ". Untuk tidak malukan orang tua akak kuatkan jugak duduk situ dan tahap stress gaban bila nak tahu akak dapat sambung ke sem dua atau tak dengan tengok pointer kita. Bawah 2.0 akan turun ke PDT. Pointer bawah 1.0 maybe akan ditendang. So memang risau gila time tu. Bila masuk sem dua, pressure still ada tapi akak dah pandai manage sikit so tak adalah asyik nak menangis jer. Finally, akak berjaya habiskan setahun akak di matrik pada 29 April hari tu. Apa yang akak nak sampaikan dari cerita ni, walaupun akak rasa sangat teruk dekat sana, sangat down tapi akak tak separuh jalan dekat sana. Akak berjaya habiskan. Kawan kawan akak yang akak tgok happy duduk sana tapi ambil jalan nak keluar. So, adik adik nanti jangan buat kerja separuh jalan. Jika betol tak boleh nak bawak langsung, fikirlah and buat la keputusan yang betol demi masa depan adik adik.

Bab pelajaran dekat matrik, ada yang susah dik ada yang mudah la jugak. Certain subjek form four dengan form five kita still belajar tapi dengan lebih dalam lagi. Ada jugak subjek yang kita tak belajar dekat sekolah yang kita belajar dekat matrik. Math dekat matrik ye adik adik bukan matematik biasa yang kita dok belajar dekat sekolah tu. Dia ada penambahan add math dalam subject math ni. Sebab tu syarat nak masuk matrik kena ambil add math. Math dekat matrik agak mencabar jugak la, tak mudah. Bila belajar nampak mudah, bila nak solve soalan sendiri pening kepala dibuat nye. Mesti kena tanya cikgu. Akak lemah math, so cikgu selalu tekankan akak dalam kelas dia, naik sem dua ni dah okay sikit. Kalau tak dulu akak asyik kena sound je. Akak pun tak tahu kenapa tahap akak jadi macam ni bila dekat matrik. Kelas math paling akak takut sebab cikgu dia tegas, tapi bila dah lama kenal dengan dia , dia baik sebenarnya.
Cikgu tu la yang akak paling sayang. Betul lah orang cakap marah ni sebenarnya sayang. Cikgu math tu berusaha nak kita orang satu kelas math dapat A. Kadang kadang akak wonder cikgu tak penat ke ajar kitaorang ni, siap nak buat kelas tambahan lagi sampai ke petang kalau hari Jumaat. Even luar waktu belajar, cikgu tetap nak mengajar. Jasa cikgu sangat besar.

pelajar matrik akan diberi elaun setiap bulan. Tu yang heaven nye. Masuk diploma tak dapat elaun. Tu la advantage masuk matrik selain matrik ni sebagai laluan ekspress. Dekat sana nak pergi kelas, kena pakai baju kurung yang girl ni. So prepare baju kurung banyak banyak. Dekat matrik ni ada tasik yang selalu jadi
port nak berjoging nak hilangkan stress ke. Tapi sekarang tasik tu dah jadi kawasan larangan. Tasik tu actually merbahaya walaupun nampak tenang je. Dulu Liyana orang boleh la jogging dalam track tu, buat bbq dekat tasik tu. Tapi maybe kawasan tu dah tak boleh nak buat aktiviti semua tu lagi maybe untuk sementara sebab pernah ada tragedi berlaku dekat tasik tu.  So,  jagalah keselamatan dekat sana ye. Jangan suka sangat. Masa akak dekat sana macam macam perkara yang jadi. Itu nasihat akak. Dekat sana kau belajar berdikari dik, benda yang selalu mak kau buat semua adik yang akan buat sendiri. Dekat sana pukul satu pagi pun ada orang basuh baju , punya lah tak ada time nak basuh kan. Haha,padahal ada je cuma dia berani nak basuh sorang sorang time macam tu. Wifi blok boleh capai sampai ke bilik, boleh la nak layan facebook sekejap ke. Cuma kadang kadang dia buat perangai. Kadang kadang ada kadang kadang tak ada. Sometimes tak boleh connect langsung.

Untak siapa yang dapat masuk matrik akak ucapkan selamat majukan diri. Kuatkan semangat dekat sana and kalau boleh pupuk hubungan yang baik dan rapat dengan roomate supaya adik tak rasa lonely sangat maklum lah keluarga duduk jauh berbatu. Setakat ni yang akak mampu cerita pasal kmph padahal banyak benda nak cerita lagi dekat adik. Akak yang tak suka matrik dan cengeng ni boleh habiskan matrik, awak mesti boleh! Tengah tunggu result ni. Doakan akak ye! Akak hope entry ni boleh beri gambaran sikit pasal matrik. Good luck^^
Do well dekat sana. Jangan malukan matrik pahang sebab matrik pahang adalah salah satu matrik terbaik yang ada dekat Malaysia ni. 

Bercinta Zaman Sekolah

Entry ni sangat panjanggg
Mohon tarik nafas dalam dalam dulu sebelum baca
Jangan termuntah yee ツツ

Bercinta sejak dari bangku sekolah. Hmm,,topik yang agak klise, tapi ia pernah dilalui semua orang. 
Kau tipu kalau kau nak kata tak pernah , yela kalau kau tak bercinta pun mesti kau ada minat dekat budak perempuan jiran sebelah rumah yang kebetulan dan sebenarnya classmate kau dekat sekolah dulu dulu kann. biasalah, gedik gedik gatal gatal dah jadi lumrah untuk budak sekolah ni. Kalau kau tak buat, kau memang baik i tell you now. 
Banyak hari, banyak malam. Soalan yang macam ni selalu ada dalam kepala aku. Memandangkan aku tengah honeymoon ,so tak perlu nak fikir lagi apa yang ada dekat haemoglobin.. blablabla.. tak nak ingat dah buat masa sekarang. So, aku fikir cinta zaman sekolah aku ni sampai bila boleh bertahan? sampai bila aku dengan Syed Ammar ni kekal sampai kami nak buat kenduri meraikan kami maksudnya sampai ke jinjang pelamin seperti yang kami harapkan? huh,surprise.. jawapan yang aku sendiri tak tahu sebab ini semua ketentuan-Nya. Allah memang sweet, suka buat surprise dekat hambanya. 
Mesti orang cakap budak gedik je yang bercinta time sekolah ni. Nak beli pakaian dalam pun tak lepas ni nak menggatal dengan anak orang. And aku tergolong dalam budak gedik tu. Gedik gedik jugak tapi tak ada la aku bercinta sampai tak ingat dunia. 
Tak salah bagi aku kalau kau nak bercinta masa sekolah. Kalau kau tak sependapat dengan aku, tak apa. Dekat dunia ni semua orang ada pendapat masing masing. Kenapa aku cakap tak salah?
tak salah kalau pemikiran kita still waras, kalau kau tak buat perkara tak elok sampai menggadai diri kau, kau cinta gila dekat dia tapi kau tak de lah bercinta bagai rak, tak show off. Menyampahhh. Itu okay la beb! most important thing, kau yang masih pegang status budak sekolah ni  jangan nak abaikan pelajaran pulakk.
Aku dulu waktu berkawan time sekolah, semua orang tahu termasuk cikgu cikgu. Dah tak kuasa dah nak sorok. Kena perli~~ tu biasa dah..Kami memang selalu berdua tapi adalah kawan aku and kawan dia yang baik hati temankan. Kami bukan nye sekelas pun tapi sebelah belah je punn. Kalau dia ada kelas tambahan, dia akan mengendap dekat kelas aku macam pencuri nak mulakan misi pecah rumah sambil guna bahasa isyarat cakap yang dia ada kelas, suruh aku balik dulu. Kadang kadang aku gatal pergi tunggu dia balik, penat jugak lah tunggu dua jam. Nasib homework ada. Da selesai buat dekat
sekolah,  balik rumah nampak katil terus tidur then bangun ulangkaji sebab aku ada exam besaq tahun tu. Then, tak puas jumpa dekat sekolah, jumpa dekat tempat tusyen plak. Aku bukan main semangat nak pi tusyen tau takk. Duduk sebelah sebelah, aku tak faham dia ajar bagi aku faham. Dia tak faham, aku terang bagi dia faham. Kadang kadang sampai kena marah. Sabar jela, perempuan memang kuat emo. Orang nak mengata,apa boleh buat. Kedai mamak Restoran Ali
Maju lah port kami ,segala sesi bersembang, makan makan, ulangkaji, sesi pembelajaran dekat situ. Sampai mamak tu pun dah kenal dah. Kalau tak berdua, mesti dia akan jadi reporter tanya mana kawan awak yang seorang lagi. Okay, acctually bagi aku orang yang aku "berkawan" aku guna istilah ni, aku jadikan perangsang pendorong untuk aku. Aku ni kadang kadang lambat jugak nak ingat pelajaran bab lagu bukan main lagi. Bila aku terang dekat dia tentang sesuatu, aku terus boleh ingat dan alhamdulillah ada solan yang macam aku terangkan keluar dan aku boleh jawab dan sampai sekarang aku ingat even aku dah habis matrik. Sebelum aku nak ajar dia, aku kena make sure aku tahu dulu aku reti dalam bab tu. Tak nak lah nanti kita ajar ajaran sesat kann, tak baikk. So, bila "kawan" aku ni tak berapa nak tahu dia mintak aku ajarkan, yela aku bukan pandai sangat pun. Mana yang reti aku ajar la, so aku bertekad nak ajar "kawan" aku ni sampai hari exam  kitaorang. So bila balik rumah, aku akan buat banyak banyak latihan math supaya nanti bila dia tanya aku tahu nak buat. Dari aku suka subjek math, aku jadi jatuh cinta dengan math. Kami ada sikap nak berlawan antara satu sama lain. Siapa dapat markah tinggi? dia selalu nak beat aku, and aku selalu menang. Haha .Kalau dia menang,aku lah orang yang
paling gembira
Nak bercinta time sekolah, tekanan mesti ada beb.. chill brother sistaa. Itu lah penangannya. Kena pulak hari tak selalu cerah,kau dengan boyfriend kau atau girlfriend kau bergaduhh atau ada orang nak rebut dia dari kau, atau dia curang atau banyak lagi lah. Kau akan stress beb. Haa inilah yang kau kena jaga jaga. Kau kena pandai kasi settle itu masalah. Jangan sampai bagi big problem dekat diri kau. Kita memang tak boleh lari lagi masa bercinta ala maniss kalah gula gula. Tapi kita ada otak, kita fikir, kita selesai secara berhemah.. haa kata kau!!
Now, cinta apa yang aku lalui aku pun tak pasti. Kalau dulu time sekolah, orang panggil cinta monyet. Sekarang ,cinta apa pulak? Dia sekarang belajar di universiti, dah setahun kitaorang long distance relationship. Walaupun dah setahun, hati ni masih tak biasa. nak buat macamana mana boleh berkepit je. Masing masing ada tangungjawab. Masing tengah fikir masa depan. Dulu aku dekat matrik memang sibuk sebab fast track kan, dia dekat uitm pun busy jugak. Ingat budak U duduk relaks je dalam bilik. Tapi itu tak jadi alasan yang besar la. Aku tahu dia tak kan pandang orang lain sebab dia bukan jenis type yang macam tu. kepercayaan yang menebal sangat penting dalam diri okay. Hopefully, sikap yang macam ini dia bawak untuk tahun kedua ketiga until dia grab diploma dan aku pun sama bila aku bakal sambung ijazah nanti untuk merialisasikan impian aku since form four okayy gua dah berangan. Hahaa gatalll.

Penat jari jari aku menaip sampai handphone pun naik panas menunjukkan panjang gila karangan yang aku karang ni. Bercinta zaman sekolah ni semua kenangan yang akan mematangkan diri kita.