TENTANG MATRIKULASI PAHANG

Readers semua ni terjah blog saya semua nak tahu pasal matrik kan?? biasalah, adik adik  yang keliru nak buat keputusan nak masuk matrik ke tak mesti akan tanya Pakcik google pasal matrik macam akak dulu lah. Akak dulu lepas akak dapat tahu yang akak dapat matrik, tiap malam akak ambik handfon google pasal matrik pahang ni macam yang adik adik buat la sekarang ni. 
Dulu akak tulis entry sebagai bakal pelajar matrikulasi, then sebagai pelajar matrik sekarang sebagai bekas pelajar yang baru je tinggal kan matrik. Baru belasan hari. Haa fresh lagi. So, akak nak ambil kesempatan nak story sikit la memandangkan akak tengok overview semua yang singgah nak tahu pasal matrik. Tak apa akak boleh tolong serba sedikit untuk adik semua 
yang tengah dalam delima ni. 

Akak merupakan pelajar PST modul satu. Apakah itu? seperti adik yang sedia maklum, untuk pelajar aliran sains terbahagi tiga modul: 
Modul satu akan ambil subjek fizik, biologi, chemistry and math 
Modul dua akan ambil subjek fizik, chemistry, science computer and math 
Modul tiga pulak ambil subjek biology, chemistry, science computer and math. 
Kalau kita boleh nampak dekat sini, subjek yang berat adalah untuk pelajar satu. Ini berdasarkan keputusan Spm adik adik. Kalau spm adik cemerlang, kemungkinan modul satu lah yang adik dapat. Kalau adik tak suka, adik boleh tukar modul tetapi ada proses dia lah. Ini nanti akan diterangkan bila adik masuk matrik nanti. Matrik ada dua program tau dik, untuk setahun (PST)  dua sem dan program untuk dua tahun (PDT) iaitu empat sem.
Ini semua dinilai ikut kemampuan kita sewaktu SPM. 

Dari segi pembelajaran, akak nak terus terang pembelajaran la dekat sana memang gear lima punya. Memang laju. Cikgu semua nak pulun nak habiskan. Adik memang akan terkejut la kenapa laju gila cikgu mengajar nanti. Nak nak yang pelajar satu tahun. 20 lebih bab nak dihabiskan dalam tempoh sepuluh bulan lepas tolak cuti yang matrik bagi. Memang agak sakit dan terseksa la. Yang budak PDT slow sikit lah pembelajaran dia, gear tiga maybe. Setiap satu minggu, satu bab akan  dihabiskan untuk keempat empat subjek. Bergantung pada credit hours bab dalam setiap subjek.  Ada bab yang 1Jam boleh dihabiskan ada yang 8 jam. Bergantung. Dekat sana adik akan belajar  english, agama, kokurikulum untuk satu sem dan kemahiran dinamika untuk satu lagi sem. Dinamika tu something yang new la yang adik akan belajar. Kita akan belajar berucap depan orang ramai, etiket makan, etika pemakaian. Seronok sebenarnya kalau adik adik enjoy nak belajar.  

Dekat matrik ada tiga sesi. Sesi lecture,tutorial dan lab. Dalam lecture selalu sangat budak budak akan mengantuk, yang tertidur pun ada , ada yang bosan hilang fokus. Kelas untuk budak sains biasanya dari pukul lapan hingga lima tapi ada lah jugak gap satu dua kali. Tengok jadual yang korang dapat macamana. Memang letih dik. Sebab tu sebelum masuk matrik pastikan kekuatan mental cukup. Kalau tak jadi macam ramai kawan kawan akak yang dekat matrik tak tahan, decide nak keluar. Ada yang lagi sebulan nak habis matrik pun keluar dari sana. Tapi akak bangga, akak bangga sebab akak dulu seminngu waktu start sesi pembelajaran akak dah mengada ngada menangis cakap tak suka duduk situ. Lagi teruk bila dah makin banyak belajar, pressure makin kuat. Akak kerap cakap nak keluar dari matrik dekat parents akak, parents akak selalu bagi semangat suruh sabar and they always said "kalau orang lain boleh awak mesti boleh ". Untuk tidak malukan orang tua akak kuatkan jugak duduk situ dan tahap stress gaban bila nak tahu akak dapat sambung ke sem dua atau tak dengan tengok pointer kita. Bawah 2.0 akan turun ke PDT. Pointer bawah 1.0 maybe akan ditendang. So memang risau gila time tu. Bila masuk sem dua, pressure still ada tapi akak dah pandai manage sikit so tak adalah asyik nak menangis jer. Finally, akak berjaya habiskan setahun akak di matrik pada 29 April hari tu. Apa yang akak nak sampaikan dari cerita ni, walaupun akak rasa sangat teruk dekat sana, sangat down tapi akak tak separuh jalan dekat sana. Akak berjaya habiskan. Kawan kawan akak yang akak tgok happy duduk sana tapi ambil jalan nak keluar. So, adik adik nanti jangan buat kerja separuh jalan. Jika betol tak boleh nak bawak langsung, fikirlah and buat la keputusan yang betol demi masa depan adik adik.

Bab pelajaran dekat matrik, ada yang susah dik ada yang mudah la jugak. Certain subjek form four dengan form five kita still belajar tapi dengan lebih dalam lagi. Ada jugak subjek yang kita tak belajar dekat sekolah yang kita belajar dekat matrik. Math dekat matrik ye adik adik bukan matematik biasa yang kita dok belajar dekat sekolah tu. Dia ada penambahan add math dalam subject math ni. Sebab tu syarat nak masuk matrik kena ambil add math. Math dekat matrik agak mencabar jugak la, tak mudah. Bila belajar nampak mudah, bila nak solve soalan sendiri pening kepala dibuat nye. Mesti kena tanya cikgu. Akak lemah math, so cikgu selalu tekankan akak dalam kelas dia, naik sem dua ni dah okay sikit. Kalau tak dulu akak asyik kena sound je. Akak pun tak tahu kenapa tahap akak jadi macam ni bila dekat matrik. Kelas math paling akak takut sebab cikgu dia tegas, tapi bila dah lama kenal dengan dia , dia baik sebenarnya.
Cikgu tu la yang akak paling sayang. Betul lah orang cakap marah ni sebenarnya sayang. Cikgu math tu berusaha nak kita orang satu kelas math dapat A. Kadang kadang akak wonder cikgu tak penat ke ajar kitaorang ni, siap nak buat kelas tambahan lagi sampai ke petang kalau hari Jumaat. Even luar waktu belajar, cikgu tetap nak mengajar. Jasa cikgu sangat besar.

pelajar matrik akan diberi elaun setiap bulan. Tu yang heaven nye. Masuk diploma tak dapat elaun. Tu la advantage masuk matrik selain matrik ni sebagai laluan ekspress. Dekat sana nak pergi kelas, kena pakai baju kurung yang girl ni. So prepare baju kurung banyak banyak. Dekat matrik ni ada tasik yang selalu jadi
port nak berjoging nak hilangkan stress ke. Tapi sekarang tasik tu dah jadi kawasan larangan. Tasik tu actually merbahaya walaupun nampak tenang je. Dulu Liyana orang boleh la jogging dalam track tu, buat bbq dekat tasik tu. Tapi maybe kawasan tu dah tak boleh nak buat aktiviti semua tu lagi maybe untuk sementara sebab pernah ada tragedi berlaku dekat tasik tu.  So,  jagalah keselamatan dekat sana ye. Jangan suka sangat. Masa akak dekat sana macam macam perkara yang jadi. Itu nasihat akak. Dekat sana kau belajar berdikari dik, benda yang selalu mak kau buat semua adik yang akan buat sendiri. Dekat sana pukul satu pagi pun ada orang basuh baju , punya lah tak ada time nak basuh kan. Haha,padahal ada je cuma dia berani nak basuh sorang sorang time macam tu. Wifi blok boleh capai sampai ke bilik, boleh la nak layan facebook sekejap ke. Cuma kadang kadang dia buat perangai. Kadang kadang ada kadang kadang tak ada. Sometimes tak boleh connect langsung.

Untak siapa yang dapat masuk matrik akak ucapkan selamat majukan diri. Kuatkan semangat dekat sana and kalau boleh pupuk hubungan yang baik dan rapat dengan roomate supaya adik tak rasa lonely sangat maklum lah keluarga duduk jauh berbatu. Setakat ni yang akak mampu cerita pasal kmph padahal banyak benda nak cerita lagi dekat adik. Akak yang tak suka matrik dan cengeng ni boleh habiskan matrik, awak mesti boleh! Tengah tunggu result ni. Doakan akak ye! Akak hope entry ni boleh beri gambaran sikit pasal matrik. Good luck^^
Do well dekat sana. Jangan malukan matrik pahang sebab matrik pahang adalah salah satu matrik terbaik yang ada dekat Malaysia ni.