MUKA MERKERUT : UPU ATAU MATRIKULASI?

              Sudah masanya nak luaskan lagi ilmu di dada . so, kalau ada masa terluang aku akan berdating dengan pakcik google . nak buat research lah katakan sebelum buat pilihan soal hidup dan mati . ini soal masa depan kan , kena buat keputusan yang tepat lagi muktamad . aku kalau dapat tahu sesuatu yang baru yang aku tak tahu , aku akan google je sampai aku faham . so, untuk buat keputusan aku akan google berbentuk macam ni " universiti or matrik mana lagi best" , " apa kemudahan yang ada dekat matrik pahang ", " jarak kuantan dari gambang " "kmPH best ke tak " .  soalan yang aku search macam nak have fun je kan semua ni . pada aku, bila seronok tempat tu baru ada hati nak belajar .
 " barang yang perlu bawa ke matrikulasi " ni baru nampak macam serious nak pergi je kan ke matrik . acctually, aku tak tahulah nak pergi yang mana .. aduh, delima sudah datang . bila survey blog abang and kakak yang ada pengalaman and bagi pendapat tentang isu ni . kesimpulannya, dua-dua ada yang sokong yang pergi matrik  and ada juga yang sebaliknya . dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing masing . tapi still tak dapat bantu aku nak buat keputusan soal ni .

aku memang plan nak masuk matrikulasi . tapi bila dah dapat tawaran , tempat plak tak dekat di hati aku . pahang? what the fish?? seingat aku tak ada langsung perkataan pahang pun aku pilih time aku isi borang matrik ni . baik tak payah suruh buat pilihan kolej matrik mana yang nak belajar kan .. okey,, maaf agak emosional sikitt~  kolej matrikulasi yang aku dapat ni dekat gambang.. haaa..? gambang?? first question yang keluar dari mulut aku, gambang tu dekat mana? tak pernah dengar pun seumur hidup . memang lah nama tu tak famous dalam kepala aku, malah first time dengar . tapi bila aku dah cari dekat internet , gambang ni ada water park gitu . tempat yang sesuai kalau nak bercuti dengan family . lebih kurang 30 km nak pergi kuantan . tu serba sedikit pasal gambang yang aku tahu lah .

persoalannya , aku nak pilih yang mana? walaupun keputusan upu masih belum  keluar lagi tapi kepala dah start pening . my instinct nak ke matrik tapi bila dengar orang kata matrik susah gilerr lah . terus jadi cuak, risau kalau dah pergi matrik nanti . lagi satu, tandas kena kongsi ramai-ramai . oh my god,, macamana nak mandi dalam keadaan manusia yang ramai-ramai.. or . .. tiba-tiba cirit birit pukul 4 pagi . mana berani nak pergi toilet yang dekat luar tu . haishh, lupakan ..

okey, apa yang aku baca dekat blog blog yang aku dah terjah yang matrik ni serba sikit kekurangan dia terlalu general . kiranya tiada pengkhususan . lepas tu, kena struggle gila-gila sebab jadual dia sangat pack . kelas lebih kurang daripada pukul 8 sampai 4 .. woo, lama tuh .. tapi ada lah gap 1 or 2 hours . kita kena jadi orang yang hardworking,, sebab tiap-tiap hari akan ada tutorial . selain itu , soft skill kurang . yang bermaksud , kita tak didedahkan dengan dunia pekerjaan for real . its based on exam oriented , theory and amali sebab tujuan matrik supaya student dia sambung degree . seperti yang diketahui , sijil matrik tak laku . tak boleh nak cari kerja kalau nak pakai sijil tu .  nak kerja jugak pakai sijil SPM lah ye . satu lagi , kena berusaha dapat pointer yang tinggi . kalau tak dapat pointer yang ditetapkan dalam course yang kita nak , kemungkinan kita akan dapat course yang peluang pekerjaan yang tak berapa hot ataupun course lelong yang dia campak dekat kita . tapi pointer yang di demand tak sama setiap universiti .

now, kelebihan matrikulasi pulak ...  cepat dan berkesan . usia muda dah dapat degree daripada kawan-kawan yang lain . example,, matrik 1 tahun + degree 3 tahun = 4 tahun . diploma sebaliknya, 2-3 tahun + 3 tahun degree = 5-6 tahun . tapi itu kalau program yang satu tahun lah . matrik ni sangat bagus kalau kita tak dapat  course pilihan , contohnya Ali ni dia nak sangat jadi doktor , teringin gila-gila nak bedah orang . tapi result dia tak layak nak ambil medic . so, bila dia masuk matrik ni, tak lah terkubur lagi cita-cita dia tu . dia boleh struggle dapat kan 4 flat pastu boleh sambung buat medic . kira nya ni second chance lah untuk dia .

kalau universiti pulak, kekurangan dia duration yang agak lama . tapi boleh la rileks rileks lagi kan berbanding pelajar matrik yang setiap hari kena struggle ( okey, ni macam kelebihan)

advantages dia pulak ,,  pelajar didedahkan  dengan dunia pekerjaan . ada practical , lepas itu  di khususkan kursus apa yang kita ambil . kalau kita ambil itu, itu je yang akan kita belajar . selain itu , boleh apply kerja terus . kalau tak nak belajar lama-lama boleh terus kerja .

apa-apa pun, apa yang aku nampak matrik ni untuk orang yang ada perancangan jangka masa panjang yang nak belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading . tapi tiada masa bersuka ria , senang lenang and tak boleh lalai . macamana lah kehidupan aku nanti kalau aku pergi matrik??  dah la aku suka terbongkang , tidur je memanjang . kalau universiti pulak , khusus untuk alam pekerjaan .

semua maklumat ni yang aku dah baca and aku cuba fahamkan . kalau ditakdirkan tempat aku di matrik , ke matrik lah jawab nya . orang kata , kalau dapat matrik rugi tak pergi . orang sekeliling aku pun galakan aku pergi matrik . tengok lah nanti macamana , akan aku fikir -fikirkan . hope, aku mampu buat keputusan yang terbaik .

                  cikgu pun beri galakan aku pergi matrik                    nak mesej cikgu,, guna ayat skema sikit