Dah lama sebenarnya aku tulis entry ni , tapi tak nak post awal-awal sebab saja je .
ehem.. straight to the point je la ea . now i'm having a long distance relationship (LDR) or percintaan jarak jauh (PJJ) .
bawa maksud yang sama je punn . pasangan yang bercinta tetapi masing-masing saling berjauhan . ewahh, jiwang pulak dah . puihh~ apa yang aku tulis ni semua berdasarkan dari rujukan lain yang berguna and serba sedikit dari pengalaman diri sendiri . Agak-agak rasa dia macamana? sakit kah? seksa kah? gila kah?
okeyy, let me start . . dulu takut weii nak dengar perkataan yang bunyi macam ni . yela, siapa yang sanggup kan nak jauh dari buah hati pengarang jantung lah katakan . me and him terpisah oleh ratusan
kilometer . tak ada lah dashat sangat macam sesetengah couple yang sorang dekat Malaysia and sorang lagi dekat Jordan ke Australia ke.. ish ish, itu memeng dashat lah jauh nye . atau shah alam dengan klang? ha, yang ni tak . maknanya dekat sini ,
dalam setahun we still can meet each other cuma tak adalah selalu macam couple couple yang lain .
kemana si boyfriend ada, di situlah ada girlfriend yang teman . kalau si girlfriend nak pergi jalan-jalan , si boyfriend mesti akan ikut . senang cerita, apa yang dibuat mesti bersama-sama . segala kegembiraan dikongsi bersama . *jelly* memang lah sweet, lagi sweet apa yang dirasa oleh mereka . most people said bercinta dengan orang jauh-jauh ni tak kan kekal lama . hah, betol ke? so far, hampir lima bulan dah kami jauh , tak sangka sekejap je dah nak dekat lima bulan hubungan kami masih lagi stabil . tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang tapi kita cuba sedaya upaya nak kekalkan nya . jauh ke dekat ke bukan kayu pengukur sesebuah hubungan . setakat ni, walaupun duduk dah berjauhan , sayang aku untuk dia tak pernah berubah malah semakin bertambah adalah . nak kata mau berpaling dekat orang lain , tak terdetik pun dekat hati ni . yela, kita sayang bf kita mestilah kita nak bf kita . why nak cari orang lain kan .
banyak cabaran , stress , tekanan perasaan semua ada macam cukup satu pakage bila kita dalam situasi yang macam ini . rasa macam tak boleh survive dah dalam relationship ni kadang-kadang . yang penting kita kena lah kuat , sabar and tabah yang super duper punya . semua ni mematangkan kita and buat kita lebih tabah sebenaqnya pun .
seriously, dulu tak kuat jugak and aku mana pernah rasa jauh-jauh ni . first time lah katakan . air mata setia jadi peneman . cinta punya pasai . ambik hang penangan dia ... risau lah dia duduk buat apa, menggatai ke dak , ingat kami dekat sini ke tak . banyak question mark dalam kepala dari jawapan ,
tapi apa nak buat.. percaya, setia , saling mengingati pasangan masing-masing wajib ada kalau dalam hubungan jarak jauh ni . nak buat macamana, orang kata jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak .
semua ni atas diri masing-masing . boleh atau tidak . kalau orang tu betol-betol sayang dengan hubungan yang dia ada, dia akan jaga dengan sebaik-baiknya untuk kekal sampai bila-bila . tak bagitahu pun dia tau nak jaga macamana . tapi kalau orang tu tak sanggup tak kuat dah , apa lagi .. say goodbye . kalau kita think positive, kita boleh survive sebenarnya .
couple jauh ni ada kelebihan tapi bagi orang yang merasa agak berat nak tanggung , kalau couple yang dekat dekat ni macam belangkas memang lah hari-hari manis macam gula kapas tapi tak lah dapat feel macamana orang yang couple jauh ni . so, dua-dua ada kelebihan and kekurangan . tapi aku percaya yang LDR ni banyak kelebihan nya dari kekurangan nya walaupun dulu aku tak fikir macam tu .
okeyy, baik kita menilai hubungan yang macam ni dari sudut positif .. jangan fikir negatif jerr, nanti lama-lama kita akan down . memang lah tersangat bahagia kalau orang tersayang berada di sisi kita. tak mau dia duduk jauh-jauh . nanti kita rindu . siapa lah yang sanggup tahan rindu yang parah tu .
first sekali, rindu yang tahap gila gila punya sampai menangis . kalau dulu time dekat, bukan lah kata tak rindu . rindu tu mesti ada . tapi bila jauh, rindu tu mesti lah tak macam rindu biasa . kita bukan setakat rindu yang biasa tu, kita rindu sambil berharap rindu kita akan hilang bila dapat jumpa dia nanti . dulu masa awal-awal berjauhan straight seminggu tu malam-malam dok menangis, macam tak boleh terima kenyataan . hari demi hari meratap kesedihan #skema . ha, pecah lobang . ala, perempuan bila rindu apa lagi nangis je la yang diorang mampu . tambahan pulak, aku memang start couple memang dah selalu jumpa. . rehat kadang-kadang bersama . balik sekolah, pergi tusyen memang sama-sama lah . hmm,, banyak lah buat sesuatu tu bersama . tiba-tiba, keadaan jadi macam ni pulak . so, agak terkejut lah nak terima perubahan yang datang dengan sudenly ni .
termimipi-mimpi lah macam apa yang mimpi tu betul-betul jadi tapii tak jadi betol pun bila bangun .
kecewa lima saat .
kecewa lima saat .
second, lebih menghargai si dia . jujur katakan, bila dia tak ada dekat dengan kita .. baru tahu betapa pentingnya dia bagi kita . selalunya kekasih hati lah orang yang akan buat kita gembira, tergelak sampai perut nak pecah, tempat kita cerita masalah kita and banyak lah peranan kekasih hati ni selain daripada family and kawan-kawan kita . baru tau yang sayang kita tahap mana . banyak macam bintang dekat langit ka, haa baru sekarang tahu . ataupun kalau duduk dekat-dekat ni ada je benda yang boleh buat perang . tak puas ini lah, tak puas itu la kan . salah faham je memanjang . bila jauh ni, dapat lah kurangkan konflik sikit . lagi satu, bila gaduh tak boleh lama-lama nanti makan diri . tupp, orang tu pergi dekat orang lain .
kita juga akan lebih menghargai masa bila kita bersama dengan dia . this is true, bila kita dah rindu tahap gaban, mestilah membuak-buak keinginan nak jumpa . bila ada kesempatan dapat jumpa , kita akan plan masa baik-baik . nak pergi mana, nak makan dekat mana, nak pakai baju apa. semua bermain dekat kepala . yelah, inilah masa yang ditunggu-tunggu, redah beratus-ratus batu semata-mata nak jumpa dia mestilah kita nak kegembiraan . kita hope dia boleh gembirakan kita and hope kita pun dapat gembirakan dia pada masa yang sama . sekarang , bila aku dapat keluar dengan dia . seminggu lebih awal dah excited dah nak jumpa dia . rasa dia sangat berbeza bila kita hari hari keluar dengan sebulan sekali dapat keluar dengan si dia . walaupun dah nasib macam ni, berusaha lah untuk jumpa .
sekejap pun jadi lah asalkan jumpa . kasih sayang boleh luntur kalau kita dah bertahun-tahun tak jumpa pasangan kita .
then,, dapat jimat wang lorhh .. haha, wang penting sekarang ni . kalau kau tak ada duit macamana nak hidup, macamana nak kahwin dengan anak orang . memandangkan semua permainan dunia memerlukan duit . bila couple jauh ni, masing-masing dapat lah simpan duit . pengeluaran tu dapat lah dikurangkan sikit . duit yang digunakan tu boleh la simpan untuk kahwin ke or nak sambung belajar ke . bila jauh-jauh ni, kita cuma laburkan duit untuk topup je nak calling calling . aku rasa kalau jarang jumpa macam ni, ada baiknya . aku dapat lah kurangkan sikit beban dia tak banyak pun sikit pun jadi lah kan . dia tak perlu lah nak habiskan duit hari-hari nak belanja aku makan, tengok wayang ke .
yelah, biasanya kaum lelaki yang akan melabur lebih banyak untuk awek diaorang . nak bagi layanan five star kan . aku pun tak mau kikis duit dia . cukup lah, nanti bila sampai hari kami berjumpa, haa nak belanja apa punn dipersilakan . aku terima apa saja . orang kata sekali sekala lebih baik daripada selalu . yelah, bila kita selalu makan duit pakwe kita, bila dah break nanti mau dia tak ungkit kalau dia jenis orang yang suka mengukit . baru tau tak ikhlas . for me, sekali sekala dapat jumpa dia, aku tak kisah nak spend lebih sikit .
sebab masa yang kita dapat spend dengan dia susah nak dapat, tapi duit memang lah tak senang dapat . tapi kita kan boleh berusaha untuk cari .
kita juga dapat menguji kasih sayang and tahap kesetiaan and kepercayaan pasangan .
yes, kalau dulu aku ni asyik insecure je . most girl tak boleh lari dari perasaan yang macam ni . takot dia buat ni , risau dia buat tu . tapi sekarang
pergi jauh-jauh . kalau dulu aku percaya tapi sekarang aku lebih percaya dia . kepercayaan merupakan elemen penting selain kesetiaan . kita kena percaya dia . kalaulah tak ada elemen tu, kita akan sangsi je memanjang lepas tu cemburu buta . benda tu semua boleh buat hubungan yang bertahun tahun boleh putus macam tu ja dengan sekelip mata . yang penting ,, kita kena lah setia antara satu sama lain .
jangan jadi kan jarak jauh sebagai alasan nak cari orang lain . memang orang yang couple dekat pun pasangan dia boleh buat dajal dengan curang depan mata inikan bila jauh lagilah besar peluang terbuka luas di depan mata . curang ni didorong perasaan sunyi and bosan . bila jumpa orang yang sentiasa dengan kita, sentiasa teman kita . mulalah hati terpaut . rasa dekat tambah pulak bahagia dengan orang baru, dengan kekasih mula lah lupa . aku tak mau jadi orang macam tu, and aku pun tak mau bf aku jadi macm tu . bersyukur lah apa yang ada .
prinsip kami senang ja,, tak suka dah terus bagitahu .tak payah nak hold on hold on kata tak sampai hati lah . time buat perangai sampai pulak hati . berterus terang ni lebih baik walaupun pahit bila kita dengar, nak terima lagi lah . mungkin dia bukan jodoh kita . bila LDR ni , kita akan didik hati kita untuk setia pada yang satu kalau kita betul-betul nak orang tu . kalau kita tetapkan hati kita pada yang satu, hubungan tu mampu berkekalan .
yang paling penting,, maksiat dapat dikurangkan . itu kan lebih baik . bila selalu berjumpa, macam-macam lah boleh jadi kan . so, bila jarang jumpa pun kita tak adalah rasa bosan , muak or meluat . tak dapat tipu, memang jelous bila tengok pasangan-pasangan dapat spend time sama-sama . kalau pergi mana-mana mall bersepah sepah couple dekat situ . tapi tak apelah, aku sabar je tak kan lah nak cari orang baru and then semata-mata rasa nak ada orang temankan kita macam mereka mereka tu . aku pun ada jugak mintak dia datang sini, yela kami baru je jadi budak lepasan sekolah . berapa besar sangatlah kudrat yang kami ada kalau nak pergi jauh-jauh ni terutamanya aku .
lepas tu, time ni lah kita beri kebebasan pada diri masing-masing . nak spend masa dengan family ke kawan-kawan ke . kalau dulu, dia banyak habiskan masa dengan aku . so, sekarang ni biarlah dia enjoy dengan kawan dia sepuas-puasnya . zaman muda tak kan berulang . ye, kalau aku dekat dengan dia mesti aku nak dia spend masa dengan aku je buat apa dengan orang lain . lepas ni, aku nak fokuskan kepada pelajaran bila aku pergi matrik nanti and aku akan jadikan dia sebagai semangat untuk aku belajar . niat aku semata-mata nak belajar bila dekat sana nanti . biarlah, aku dengar suara dia bila on call je and dapat tengok muka dia bila skype . sekarang dah moden kan, so tak ada lah sunyi sangat sampai nak tunggu seminggu surat sampai macam orang-orang dulu .
perhubungan macam ni memang berisiko tinggi yang memerlukan komitmen yang besar . saat ni benda yang dipanggil handphone memainkan peranan yang sangat penting untuk satukan dua insan . okey, semoga hubungan yang dibina tak lah putus di tengah jalan .
patiance and communication most important